CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, May 23, 2012

Seadanya Akhirnya

Berbekalkan ayat2 Quran dan doa2 yang menghiasi bibir, saya melangkah pergi. Jarak antara hotel dan Pintu Nombor 1 atau Pintu King Abdul Aziz, adalah hanya dalam 300 meter sahaja tetapi terasa terlalu lama untuk mendapatkannya. Setiap langkah terbit rasa keinsafan dan kesedaran kerana jika tidak terlaksana hajat di hati ini, persoalan apakah yang akan berlaku nanti memenuhi benak fikiran. Suami telah saya tinggalkan bersama jemaah yang lain, bau tangannya masih terlekat di tapak tangan saya, itulah bau syurga dunia saya.

Miqot di  Ji'ronah,
Suasana malam tidak sedikit pun  melengangkan keadaan, malah bilangan jemaah meningkat berkali ganda. Udara yang lebih sejuk dan nyaman menjadi faktor utama mengapa ramai yang lebih menggemari beribadat sehingga lewat malam. Saya mempercepatkan langkah dan mengharungi ratusan manusia yang membanjiri Masjidil Haram. Setiba sahaja di pintu nombor 1, sayup kelihatan Kaabah yang terlalu indah untuk pandangan mata ini. Kepada sesiapa yang belum pernah menyaksikan Kaabah secara langsung, tidak ada ungkapan yang dapat saya gambarkan disini kerana tiada perkataan di dalam apa2 juga bahasa yang dapat menjelaskan betapa indahnya Kaabah itu. Indah bukan sahaja dari segi fizikalnya tetapi indah itu lebih  menusuk ke dalam hati sanubari kita sehingga air mata akan mengalir membasahi baju, tanpa kita sedari. Kita akan peroleh pahala dengan hanya menatapnya, begitulah istimewanya Kaabah.

Di Jabbar Rahmah memakai baju Melayu suami.




Jubah dan selendang baharu  yang saya kenakan pada malam terakhir di Tanah Haram lenjun dengan air mata. Sayu apabila menatap Kaabah. Kaki ini seperti terperangkap di dalam bongkah simen kerana tersepit di tengah lautan manusia. Dalam usaha saya untuk melangkahkan kaki ke hadapan, seorang pakcik tua berketurunan Arab menghampiri saya. Dia berdiri bersebelahan dengan saya dan tidak kelihatan  seperti pakcik2 yang lain yang pernah saya temui. Berjubah dan berselendang serba putih daripada rambut hingga ke kaki, penampilannya terasa istimewa bagi saya. Saya mendekati beliau dan memberi salam dan pada waktu yang sama saya menyedari beliau buta. Saya cuba  menolong untuk tunjukkan jalan dan berkata "Baitullah?" "Lak, Lak" katanya. Dia kemudian bertutur dalam bahasa Arab, malangnya saya tidak dapat mengerti apa yang ingin sampaikan.

Kaki yang berat, tiba2 menjadi ringan seperti angin. Saya menerpa ke hadapan setelah lautan manusia tadi surut seolah-olah memberikan laluan untuk saya berjalan terus menuju Hajarul Aswad. Tiada halangan, tiada sekatan, tiada asakan. Saya berjalan tersenyum syukur kemudian berpaut pada batu daripada syurga itu. Kucupan saya diiringi dengan sekeping doa agar saya dan suami dapat kembali untuk melakukan ibadah Haji pula suatu hari nanti. Ya Allah syukur syukur ke hadratNya, dan seterusnya saya berlari pulang ke pangkuan suami yang menunggu setia di pintu bas.

"Alhamdulillah, you are back. We are about to leave!"

"I promised you didn't I? Thanks for letting me go."

"Please don't do that again."

"Do what?"

"Leave me."

"InsyaAllah I won't laaaa, ... till death do us part, k." then I took his hand and breathed in the scent from heaven, my heaven on earth..



                                                                The End.


Sebelum berangkat pulang ke Tanah Air