CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, August 21, 2012

Berlalulah Sudah Ramadhan

 Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya,
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita beraya.

 Aidilfitri hari kemenangan,
Kejayaan menempuh pelbagai halangan,
Mengenali erti nilai kesenangan,
Bagi mereka yang serba kekurangan.

 Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat kuat tali keakrapan.

Jelita sungguh Puteri Barbie
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

 Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

Negara kita aman sentosa
Jangan dilupa orang terinyanya
Makan sudah baju bergaya
Orang fakir jangan dilupa
 
 Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia  

 

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan


Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di hari raya
Bermaaf-maafan riang gembira
 

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
 
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, 
Dalam gurau & senda tentu ada khilaf & dosa.
 
 Mohon ampun dan maaf jika ada terlanjur kata,  terkurang rasa, dan terburuk rupa.
Terima Kasih kepada yang menempah kek dan biskut raya drp wizcakes.
 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri,
Maaf Zahir dan Batin.

wiz dan keluarga.



Koleksi pantun drp google.

8 treats:

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Aslmkm Wizz..
Selamat Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Mrs & Miss Vanilla said...

Selamat Hari Raya Wiz n Maaf Zahir Batin kot2 dlm kita bergurau ada yg kecik hati.. Will always love ur touch...

Zatil said...

Kak Wizz,

Really nice post/poem with alternating pretty cake pics..

Salam Aidilfitri to u n family!!!

Wiz said...

Art Lover- Salam Aidil Fitri to you too! Hope you are celebrating it with joy and happiness all around.

Murni- Sama2 lah kita Murni. Maaf Zahir Batin and Selamat Hari Raya to you too.

Zatil- Selamat Hari Raya Zatil! Cara orang malas nak tulis byk2 and upload gambar yg dah lama patut diupload kan. Poem amik from google jer. Thanks for dropping by.

Lisa H. said...

Selamat Hari Raya Wiz... :D

ainul farakhana said...

Salaam Kak Wiz,
SELAMAT HARI RAYA!

May ALLAH bless you and family with good health, long and prosperous life, insyaAllah AMIN! :)

XOXO
~Na

PatinPasta said...

Kak Wiz,
How are you these days?

Wishing you and your family Selamat hari raya Aidil Fitri, maaf zahir batin :)

BeritaKini said...

Salam, Selamat Hari Raya Aidilfitry, Ada anak-anak/saudara mara bersekolah. Kalau ada, mari langgan ALAT BANTU BELAJAR TERBAIK selepas waktu sekolah ini. Berkualiti tinggi, terbukti berkesan dan interaktif.

layari http://www.penjualgemilang.com

Semoga sejahtera.