CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, April 13, 2012

Sehelai Sepinggang

Terima Kasih Zalina!

"Bag ni dah check in kan ker belum? Nanti tertinggal nanti baru tau." kata2 mak menyambut saya petang itu. Mak bising bersebab selalunya, seperti saya dan anak2 saya sekarang, tak habis2 saya mengomel, entahkan mereka dengar entahkan tidak. Tapi pesan mak pada petang itu saya balas, " alaa tak per mak kalau beg ni tertinggal pun, saya boleh survive..." saya sambung dengan lagak yang saya kira kelakar pada ketika itu.

Suami saya pernah bekerja sebagai seorang mutawif antara tahun 1997 hingga 1999. Dua kali setahun, dia akan mengambil upah menemani pakcik2 dan makcik2 untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci. Pada penghujung tahun 1997 saya berpeluang mengikutinya bertugas dan peluang itu saya sambut dengan penuh syukur. Kami baru setahun lebih mendirikan rumahtangga dan tidak pernah terlintas di hati saya untuk dijemput pergi tanpa perlu membayar pakej umrah yang pada ketika itu di luar kemampuan kami. Walaubagaimanapun saya pergi sebagai pekerja juga dan membantu suami saya sebanyak mana yang saya mampu. Menjadi mutawif bukanlah pekerjaan yang mudah, lebih2 lagi jika kita mengendalikan orang2 tua yang sangat memerlukan pertolongan dalam setiap segi.

Terus terang saya katakan, saya amat jahil tentang proses mengerjakan umrah. Ilmu yang saya ada hanyalah yang dipelajari dibangku sekolah menengah dulu. Saya tidak sempat mempelajari apa2 sebelum bertolak kerana pemergian saya ke Tanah suci adalah secara last minute. Berdebar rasa hati kerana perjalanan saya pada masa itu adalah dengan yang dada yang kosong. "Tak per sayang, nanti saya ajar awak masa dalam plane nanti k. Kita blajar sama2..." Dan itulah yang berlaku 8 jam seterusnya di atas awan.

Terima Kasih Rena!

Saya bertasbih panjang apabila tersaksikan Masjid Nabawi dicelah2 matahari terbenam. Kami tiba di hotel di waktu azan magrib berkumandang. "...macam azan dalam tv la sayang!" saya memegang tangan suami erat tanda kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi kerana kami menganggap perjalanan ini sebagai honeymoon yang tidak sempat kami rasai. Saya berdiri di tengah2 lautan manusia yang sibuk menurunkan beg masing2 untuk dibawa masuk ke dalam dalam hotel. Saya yang masih tercegat disitu gagal mencari beg saya. Saya berfikiran bahawa bag2 kami telah pun dibawa masuk ke dalam oleh pekerja hotel.

Daripada luar lagi kedengaran suara suami yang kuat memanggil nama2 jemaah untuk diberikan kunci bilik. Ketika itu jugalah mata saya liar mencari beg baju di celah2 beg2 orang lain. Mata saya bertemu dengan beg suami, tetapi beg saya masih tidak kelihatan. "Tak pe lah, jumpa lah tu karang." saya menenangkan hati yang semakin gusar. Manakan tidak, segala-galanya berada dalam beg kecil tersebut. Saya tidak membawa hand-luggage, hanya handbag yang berisikan asam masin, mopiko, paspot, kamera, stokin dan dompet.

Saya cuba tidak menganggu suami yang sangat sibuk ke hulu ke hilir memastikan semuanya teratur dan memuaskan hati jemaah. Bukan senang untuk menjaga hati jemaah kerana ada diantara mereka yang berpangkat dan yang biasa dengan layanan istimewa tetapi suami saya telah beberapa kali memesan kepada mereka, "...kita ke sini bukan untuk pergi bercuti mewah dan walaupun anda bayar mahal untuk bilik2 yang terbaik, kadang2 kita tak semestinya dapat apa yang kita fikirkan. Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk menolong pakcik2, makcik2, abang2 dan kakak2 seperti saudara saya sendiri. Orang2 Arab ni agak payah nak berurusan dengan mereka, jadi saya minta semuanya bersabar." Suami yang boleh bertutur sedikit dalam bahasa Arab kelihatan cuba untuk menyelesaikan masalah bilik dan saya hanya duduk di sofa lobi memerhatikan gelagat orang2 Arab disekeliling yang bersuara kuat.


Terima Kasih Fatin!

Setelah semuanya selesai, kami pun berjalan naik ke bilik kami. Suami saya mengheret bagnya tanpa menyedari bag saya tiada bersama saya. Seperti kebiasaan saya tidak suka membebankan dia dengan masalah saya sebab dia banyak masalah lain dan lagipun saya takuuttt dan tidak terbuka mulut untuk memberitahu perihal kedaifan saya. Apabila kami tiba di bilik dan dia pun mengangkat bagnya ke atas katil, barulah dia perasan yang saya hanya berlenggang-kangkong. Saya hanya mampu tersenyum sebab saya sedar pada masa itu yang saya telah sampai di negara orang sehelai sepinggang. Sambil tersenyum saya bersuara perlahan "...kita share baju boleh?" Kami berdua pun terduduk keletihan dan terketawa bersama-sama...sebelum dia bersuara, "Astaghfirullahhala'zim."

bersambung...

8 treats:

zue said...

Salam wiz, what can i say to those last fww words.....how sweet and how romantic......what a way to spend your hoenymoon together, after all , loving is sharing......

Wiz said...

Thanks Zue. He was too tired to say or do anything else. Semua org punya bag dia checked in kan, bag wife dia dia lupa. Dan salah saya juga sebab ckp dgn mak saya begitu, padan muka! hehehe

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Assalamualaykumwbh...Wiz...

You sounds good in bahasa too???:) I would love to read the rest chapter...but how it ends....was sweet ar....

Papa I, kalu I cakap besar sket selalu gak terkena balik...tayar pancit tgh jalan that I hv to called him. Ouuch baru lupe the day before I said..'Along boleh la handle kete pa, kan dah besar..'

Hmm..how's everything wiz? I am a hot mass with time...I just knew it..:P. Fuuh..I baru settled w pindah rumah and moved to new work place, mmm..

Edi said...

haha.. sgt sweet!!!! tak sabar nak baca the rest of the story..

and the cupcakes are gorgeous!! kak wiz, edi nak tiru combination colors green, purple, white and yellow tu.. sgt cantik!

Wiz said...

Ayu- I sound like a std 6 writer or even like a std 4! Sekarang ni std 6 pun dah bagus tulisan depa. Yer memang padan muka saya sebab pandai sgt nak jawab2 and nak pergi mekah pulak tu, memang termakbul kata2 saya tu . Hope you settle down fast k and and take a breather after that.

Wiz said...

Edi- tersangat sweet yer? kekeke sebenarnya saya yg membuatkan diri saya sound trsangat sweet ala2 comel supaya tak kena marah dgn suami hahhahaha. Kenala pandai2 nak hidup. Sure tak a dip in the design.

pakkordi said...

Hahahaha

Wiz said...

Pak- gelak yer Pak? cis.