CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, April 23, 2012

Sehelai Sahaja Seandainya

 Thanks so much Zaida!

 "You've got to trust me. I need to do this." Itulah kata2 yang saya lontarkan kepada suami sebelum melangkah pergi. Suami menangkap tangan saya dengan wajah yang agak cemas memesan supaya saya berhati-hati. "...but we are leaving in an hour's time." I will come back before that, insyaAllah k, I promise." bisik saya. Jemaah mula turun memenuhi kedua-dua bas yang disediakan dan amat jelas terpancar di wajah mereka kesayuan untuk meninggalkan Kota Suci. Tiada siapa yang tahu bila kami akan dijemput lagi ke sini dan yang tinggal hanyalah doa dan harapan  menggunung untuk kembali. Dua minggu yang sarat dengan pengisian rohani terasa terlalu singkat. Rindu sudah mula terasa, walaupun jasad kami masih berada di Kota Makkah. Saya menoleh ke belakang dan kelihatan  suami bersama pekerja2 yang lain sedang membantu  jemaah mengisi bag dalam perut bas. Jika diizinkan, insyaAllah niat saya akan tertunai. Semuanya sudah telah tertulis, saya hanya perlu cuba sekali lagi. Saya mempercepatkan langkah menuju ke Baitullah dan ayat ini mula membasahi bibir "...Hasbiyallaahu laa 'ilaaha 'illaa Huwa 'alayhi tawakkaltu wa Huwa Rabbul-'Arshil-'Adheem"

                                                *********************

Kami pergi menunaikan umrah pada  musim cuti sekolah dan juga pada waktu musim sejuk di tanah Arab. Maka, bilangan jemaah2 dari Malaysia dan dari negara lain hampir menyamai jemaah2 pada musim haji. Umat manusia yang mengemut ramai ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba mendapatkannya sekali lagi. Kali pertama, saya menunggu agak lama dan dalam kesesakan itu saya hampir tersungkur ditolak oleh jemaah wanita yang lebih kuat dan lebih besar daripada saya. Saya tidak menolak atau memaksa diri untuk mendapatkannya, tetapi saya hanya membiarkan arus manusia membawa saya ke hadapan dan bertawakkal panjang agar saya dapat mengucup bauan dari syurga ini. Secara tiba2 dalam asakan orang ramai yang kuat itu kelonsong perak yang mengandungi Hajarul Aswad berada betul-betul dihadapan saya. Lantas, saya memasukkan tangan kanan dan mengusapnya sebelum mencium batu syurga ini. Sambil tersenyum saya tersebut di dalam hati "...insyaAllah, I will come back before I return home. Kalau boleh saya tak nak balik sebelum saya mengucup Hajar Aswad sekali lagi."

Niat itu menjadi kata2 pertama saya lahirkan pada suami apabila saya bersua kembali di luar perkarangan Masjid. Pintu nombor satu menjadi saksi bagaimana suami agak gusar dengan ucapan saya itu. "...kenapa awak cakap mcm tu, astaghfirullahala'zim." "Kenapa?" saya tanya.
"...awak  ni!" keluhnya lagi. "...nanti kalau awak tak dapat kucup lagi mcm mana, nanti tak boleh balik nanti sebab awak dah cakap tak nak balik kan?" Saya termenung seketika dan merenung jauh memikirkan nasib yang akan menimpa saya jika saya tidak dapat pulang mengikuti suami. Bermacam benda boleh terjadi di sini, kita perlu berhati2 dengan pertuturan samada di mulut mahupun di hati. Pada ketika itu saya mempunyai beberapa hari lagi untuk cuba mendapatkan Hajarul Aswad, tetapi tidak kesampaian. Ada saja yang mematahkan usaha tersebut, terlalu panjang untuk saya bercerita segala nya disini.

                                                **************************

Pada hari terakhir, selesai Tawaf Wida, kami terpaksa kembali ke hotel untuk menolong suami menyediakan jemaah2 untuk pulang ke tanah air. Saya masih tidak dapat melaksanakan niat saya kerana umat manusia yang terlalu ramai dan Hajarul Aswad tidak kelihatan daripada tempat kami melakukan pusingan tawaf kerana lapisan manusia yang padat. Suami menyuruh saya untuk melambaikan tangan sahaja ke arah batu syurga itu dan saya turutkan nasihatnya sambil melayan hati yang tidak tetap.

Saya tahu ada terlalu banyak kelebihan tentang batu ini dan yang paling istimewa ialah  ianya pernah dikucup oleh Rasulullah s.a.w. dan para nabi dan rasul sebelumnya.

"Terdapat beberapa hadis yang menyebutkan bahawa mengucupnya akan dapat menghapuskan dosa kecil sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Mengusap Rukun Yamani dan mengucup Hajarul Aswad dapat menghapuskan kesalahan (dosa)” ( H.R Tirmidzi )Rasulullah s.a.w. juga bersabda, “Demi Allah, Allah s.a.t akan membangkitkannya pada hari kiamat kelak, baginya dua mata. Dia akan melihat dengannya dan baginya lidah yang mampu berkata-kata menjadi saksi kepada sesiapa yang mengusapnya dengan kebenaran.” ( H.R Tirmidzi )"


Semua jemaah telah berkumpul di lobi hotel dan menyerahkan kunci masing2. Mereka kemudiannya beratur untuk menurunkan dan memasukkan bag masing2 dan saya menolong sebanyak mana yang saya mampu. Di hati terlintas untuk cuba buat  sekali lagi, mengucup Hajar Aswad dan melihat Ka'abah yang selama hidup ini  hanyalah gambar di atas sehelai sejadah, buat kali terakhir.  Saya lalu turun daripada bas, membawa hati yang nekad mencari suami untuk bersemuka dengannya dan menyampaikan hajat untuk dia yakini ...

 "You've got to trust me. I need to do this."

bersambung...

 
Thanks so much Zaida!



6 treats:

PatinPasta said...

Ala bersambung lagi ke? Ketagih dengan citer kak wiZ nI.

mrs plain-june said...

betullah patinpasta.. ketagih mcm nunggu drama korea plak rasanya. but this one is much much better! sampai tukang baca pun rasa dupdapdupdap :p

PatinPasta said...

Haha! Betul tu mrs plain-june. Sambil baca kita pulak yang dok rasa ada kat sana kan? :D

Wiz said...

Aida- hehe bersambung lagi la nampaknya sebab tukang cerita malas nk duk lama2 depan PC ni. Layan advertisement dulu k, advertisement sumi jeli manis dan kek hiro!

Mrs Plain June- Drama Korea? saya sejujur nya tak pernah tgk drama korea, tapi ini cerita benar yg heroinnya sgt2 la kurang cute drp pelakun drama korea hahaha.

firahadifa said...

akak gi umrah ye . nape x singgah sini .. bole jumpa..

x sabr nk tau sambungan cerita . hik hik..

mrs plain-june said...

hehe.. i used to be koreandrama-addict. long before the k-pop rage. skrg dah bertaubat. cuma tinggal ring-tone saja ;)
eh, bila nak sambung kisah ni?? penat dok dupdapdupdap!