CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, April 20, 2012

Sehelai Berdua Bercerita

Thanks so much Erna!

"...I think you forgot to check in my bag la sayang." saya memberanikan diri untuk bersuara tanpa mempunyai sedikit pun perasaan marah. Bag itu telah saya letakkan bersama bag jemaah2 yang lain akan tetapi, mungkin Allah ingin menguji saya maka bag saya telah terlindung daripada pandangan suami. Padankan muka saya juga sebab mempermain2kan kata2 mak sebelum ni. Apa yang saya takuti bukanlah kerana saya tidak mempunyai apa2 untuk dipakai, bukan juga kerana tidak mempunyai kelengkapan harian yang lain, yang sejujurnya, kegelisahan saya lebih tertumpu kepada bicara mak yang akan saya hadapi nanti. Sebenarnya, bag yang tertinggal itu adalah bag yang mak pinjamkan kepada saya, jadi alamat dan nombor telefon dibelakang bag ada tertera nama mak! Saya pasti pihak lapangan terbang telah pun menghubungi mak mengenai bag itu sebelum saya sempat menelefon mak dari Madinah. Tidak ada harapan jugalah untuk saya sorokkan cerita ini daraipada mak.

Setelah menelefon mak dan mendengar leteran, ke padan mukaan dan tak terkira I told you so sentences, saya hanya mampu tersenyum sambil berjalan pulang ke bilik untuk bersiap sedia pergi ke Masjid Nabi. Pakaian saya pada masa itu hanyalah sepasang seluar kerja dan baju kemeja tangan panjang petak2, seperti yang saya pernah katakan, saya bukan gadis bunga, dan bertelekung panjang. Setelah seharian dalam baju tersebut, saya perlu menukar pakaian dan pada masa inilah saya terpaksa meminjam baju melayu dan seluar tidur suami untuk ke Masjid. Kami membawa sedikit wang dengan niat untuk membeli pakaian yang sesuai buat saya kerana kami akan berada di sana selama 14 hari.

Sebaik pulang dari Masjid, kami pun berjalan2 dan melawat beberapa kedai pakaian wanita. Pelbagai jubah ada terjual dengan harga agak mahal saya kira. Kami beli yang termurah yang berharga sekitar RM50. Suami tiba2 menggenggam tangan saya dan mengatakan dia tidak mempunyai banyak wang. Antara kami ada lebih kurang RM700 sahaja, maka saya batalkan hasrat untuk membeli apa2 lagi kerana kami masih mempunya masa 2 minggu untuk berada di sana. Kami perlu memastikan wang sentiasa ada terutamanya untuk membayar tambang teksi dan bas untuk berihram di Miqat kami Zul Hulaifah atau dikenali dengan Bir Ali dan juga bayaran dam sekiranya perlu. Jika ada lebihan wang boleh lah kami membeli kurma dan buah tangan untuk saudara dan jiran tetangga nanti. Syukur kami tidak perlu risaukan tentang makanan kerana sudah disediakan oleh pihak hotel.

Alhamdulillah, saya muat memakai baju2 melayu suami walaupun agak besar sedikit tetapi masih selesa. Begitulah setiap hari, kami berkongsi segalanya yang kami bawa. Langsung tidak terasa apa2 kekurangan malah saya rasa lebih senang kerana saya hanya perlu membasuh sedikit baju setiap malam. Tidak siapa yang tahu dibawah telekung saya itu adalah baju dan seluar suami kerana masing2 sibuk dengan hal masing2 jadi tidaklah terasa janggal sangat apabila berjalan keluar.

Jadual harian kami agak padat. Suami sentiasa perlu bersama jemaah2, terutama yang uzur dan yang pertama kali datang membuat umrah. Banyak yang perlu diuruskan dan apabila suami sibuk, saya akan berjalan pergi ke masjid seorang diri dan melakukan tawaf sendirian. Ada suatu ketika, dalam perjalanan pulang ke hotel dari Masjidil Haram, saya telah diekori oleh seorang lelaki. Saya cuba untuk meloloskan diri daripada pandangan lelaki tersebut tetapi tidak berhasil. Saya mempercepatkan langkah saya dan dia pun berbuat yang sama. Apabila tiba di suatu selekoh, dalam 100 meter daripada hotel saya pun mengangkat telekung panjang saya dan berlari sekuat hati ke arah hotel. Ada hikmah saya memakai seluar panjang dan baju melayu saya kira, kerana saya berupaya berlari pantas. Apabila tiba di hotel, saya duduk di sofa lobi dan menunggu sehingga suami pulang. Sejak dari hari itu, suami menasihati saya untuk tidak melakukan apa2 ibadah seorang diri. Saya menurut perintah suami...kecuali pada suatu malam, malam terakhir.

Bersambung...

Thanks so much Me!


8 treats:

zue said...

As I am reading this, am imagining myself in your shoes, definitely cannot borrow my hubby's baju melayu and seluar, teramatlah besaunyer, Zue ni cute mute...( persan betul ..hehe..).
tulah Wiz, orang selalu pesan, kalau pergi Haji or Umrah, apa apa yang keluar dari mulut kena jaga, sebab akan dibayar 'cash' bila sampai di sana. pesanan untuk diri sendiri juga insyaallah bila ada rezeki sampai ke sana.
Ada hikmah tu wiz disebalik tertinggal beg tu, look forward to the 'sambungan' cerita ni.
take care!

cikMilah said...

Asyik//membaca...kelakar pun ada! Go on writing..

Fatimah said...

Suspend nye..tunggu sambungan...

Wiz said...

Zue- yes, sangat kena jaga. Masa tu saya sangat muda dan sangat tidak berpengalaman. I was 25 and was very playful. I think I still am playful to which is actually my weakness. Memang tak sempat pergi kursus or ceramah ker apa2. It was very last minute but I am glad I made the trip. Learnt a lot from it.

Wiz said...

Cik Milah- Memang sangat kelakar sebab time tu nak nangis pun tiada gunanya so ketawa je lah saya kekeke. Thansk for dropping by.

Fatimah- ala tak der la suspen sangat but it is something I would like readers to learn from my mistake. Hope it benefits everyone.

mrs plain-june said...

pengalaman dikota suci mekan yg tak pernah saya dengari! very rare indeed! tak sabar tggu sambungan..

PatinPasta said...

Mak wiz,
Sepanjang Baca saya dok senyum je. Macam baca love story tau. Suke suke suke! Tak sabor nak tunggu sambungan.

Wiz said...

Mrs plain-june- Thanks for reading. Yang saya ceritakan ini ialah yang saya kira bukan kebiasaan. banyak yang saya tak ceritakan, seperti pengalaman yang biasa jemaah2 lain lalui. Ada pengajaran di akhir cerita sebenarnya yang ingin saya kongsikan. Harap dapat dipelajari bersama.

Aida- alhamdulillah, senyum tu sunat dan saya suka orang yang murah dengan senyuman. Love story? really? hahaha. Ok nantikan sambungan, ada twist sedikit. Ini kisah benar, kisah jahil saya di suatu ketika muda-mudi dulu.