CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, March 2, 2012

Ceritalah Lagi Tok

Terima Kasih Nadira


Setiap kali selepas makan, saya akan pimpin tangan Tok dan kami akan berjalan menuju ke kerusi malas di luar. Tok suka ambil angin malam sambil menghisap curutnya. T- shirt Pagoda Tok yang berlubang menjadi hiasan di badannya yang terlampau kurus itu. Kain pelekatnya diikat rapi dan terselit dompet kecil warna merah disisi. Daripada dompet kecil itulah Tok bersedekah duit belanja sekolah kepada kami. Kadang-kadang dapat lima kupang sorang, kadang-kadang seringgit. Tok memang seorang yang tersangat murah hati dalam setiap segi. Selain daripada duit wang saku yang selalu disedekahkan kepada kami, Tok tak pernah lekang dengan senyuman dan juga cerita-cerita dongeng rakyat. Kami adik beradik membesar dengan cerita Tok dan antara cerita yang paling kami ingat ialah cerita Ayam Togel.

"...Tok ceritalah." Saya dan adik saya menggoyangkan lutut tok mengharapkan cerita kegemaran kami diperdengarkan sekali lagi. Kami duduk di atas lantai sambil mendongak ke arah Tok yang sedang duduk di atas kerusi malas kegemarannya.

"...ha ha ha, nak cerita yang mana satu?," Cerita ayam togel Tok, please!" jerit kami sambil ketawa. " You want to listen to the same story again? Kakyang and Cik Siti Wan Kembang tak jemu ker dengor cerita ayam togel tu hari2?" tanya Tok. "...takkkkkkkk!" sorak kami lagi . Tok memang pandai berbahasa Inggeris selain Tamil dan bahasa Jepun. Dulunya Tok bekerja sebagai seorang operator di syarikat telefon dan keperluan untuk bertutur dalam pelbagai bahasa adalah amat diperlukan ketika zaman perang.

"Ok ok, Tok cerita"

Terima Kasih Afiza

" Pada zaman dulu ada seekor ayam ni dipanggil Ayam Togel. Ayam togel ni ayam betina dan dia ada anak kecik yang suka bertanya. Ayam togel ni dan anak dia akan keluar tiap hari untuk cari makan.

Dekat kampung yang sama tinggal juger seekor musang ni. Kerja dia tiap-tiap hari ialah tengok ayam togel dan anak Ayam Togel ni sebab dia memang teringin nak makan ayam-ayam tu. Tapi Ayam Togel ni dia bijak, dia tau niat musang ni, oleh itu Ayam Togel dan anaknya akan sentiasa tidur di tempat yang berbeza setiap malam.

Pada suatu hari, Musang pergi bertanya Ayam Togel.

"ayam togel, ayam togel. Kau nak tido kat mana malam ni?" tanya musang.
Ayam Togel tu pun jawab "...tidur kat dalam reban la Musang, mana lagi."

Musang pun seronok sebab dia rasa dia akan dapat makan Ayam Togel tu malam ni. Tapi, Ayam Togel ni lagi bijak daripada Sang Musang. Dia tau musang ni ada niat jahat so setiap kali musang bertanya dia akan bagi jawapan yang salah.

Malam tu anak Ayam Togel pun bertanya pada ibu dia.

"mak, mak, kita nak tido kat mana malam ni?
"mak rasa kita tido bawah rumah je malam ni."

Bila dah lewat malam, Sang Musang pun menjelma. Musang jalan pelan-pelan pergi ke reban ayam tetapi Ayam Togel dan anaknya tak der pulak kat situ.

"...Penipu! tak guna punya Ayam Togel! marah Sang Musang.

Esok harinya, Musang tak give up dan pergi untuk bertanya pada Ayam Togel lagi.

"Tok, musang ni dia macam tak pandai kan Tok?" saya memberi komen. " hahahaha" Tok ketawa menampakkan giginya yang jarang-jarang itu. Lepas tu Tok sambung cerita lagi.

Musang pun tanya Ayam Togel lagi sekali "ayam togel, ayam togel, kau tido kat mana malam ni? Semalam aku pergi reban, kau tak der pun kat situ." "Oh, semalam aku tido bawah rumah, malam ni pun aku tido bawah rumah lagi" Jawab Ayam Togel.

Sang Musang pun balik dan menunggu sehingga malam.

Malam pun tiba, Ayam Togel cepat2 mencari tempat tido yang baru. Seperti biasa, anak ayam bertanya lagi.

"Mak mak, malam ni kita tido kat mana?"





"kita tidur ateh alang pulak k. Nanti Musang tak jumpa kita." jawab ayam togel.

Lagi sekali, malam tu Sang Musang pergi mencari Ayam Togel dan anaknya. Bila sampai jer bawah rumah, Ayam Togel tak der kat situ. Musang cari lagi dalam reban, pun tak ada. Musang jadi marah.

"Cis! kena tipu lagi." kata Sang Musang.

Esoknya Musang pergi cari Ayam Togel dan lagi sekali tanya soalan yang sama.

" Ohhhhhhhhhh Cik Ayam Togel, malam semalam kau tido mana? Jenuh aku cari tak ader pun?"

"aku tidur kat atas alang," jawab Ayam Togel.

"Oh iyer ker, errrm malam ni nak tido kat mana pulak?
" Rasanya atas alang lagi la!" pekik Ayam Togel.

Sang Musang pun balik dengan penuh harapan. "nanti kau malam ni Ayam Togel, habis kau aku kerjakan!"

Malam tu, anak Ayam Togel tanya lagi pada ibunya.

"Kita nak tido kat mana malam ni mak? Ayam Togel seperti kehabisan idea. Dia tak tau nak tido dekat mana lagi. Semua tempat dah pernah tido. "kita dah tak der tempat nak menyorok lagi" jawab Ayam Togel.

Tiba2, Ayam Togel dapat idea bila dia ternampak sebiji labu.

"Mak rasa kita patut tido dalam labu ni malam ni, harap-harap Sang Musang tak jumpa kita." bisisk Ayam Togel pada anaknya.

Kali ini, Sang Musang nekad untuk mencari Ayam Togel dan anaknya sampai dapat. Dia mencari di merata tempat, di reban ayam, di bawah rumah dan di atas alang, tapi tak berjumpa Ayam Togel dan anaknya itu. Musang menjadi sangat marah.

Ayam Togel dan anaknya duduk diam2 dalam labu tetapi tiba2 anak ayam togel terasa seperti nak terkentut.

Setiap kali terdengar perkataan kentut daripada Tok, saya dan adik sudah seperti teruja, bersedia untuk ketawa. Tok tahu kami menyukai cerita bahagian itu, dan setiap kali Tok akan cuba menyebutnya dengan kelakar dan kuat.

"alamak, mak mak saya dah tak tahan ni, saya nak kentut. Bisik anak Ayam Togel pada ibunya.

"Jangan nak, nanti Musang dengar kita, habis kita kena makan." marah Ayam Togel.
Anak Ayam Togel pun cuba sedaya upaya untuk tahan, tapi tak lama selepas itu
"mak mak, saya betul-betul tak tahan ni mak, saya nak terkentut dah ni" "Jangan nak, jangan nanti musang dengar."
"makkkk, saya ...." "mak kata jangan!"

"makkkkk dah tak boleh lagi ni dah...

...pooooooooooooootttttttt " kentut anak ayam dengan kuat, terlalu kuat sehingga labu pun meletup pecah.

"Boom!"

Bunyi labu dan kentut yang kuat itu menakutkan Sang Musang. Dia sangkakan bunyi kuat itu bunyi bom atau bunyi tembakan. Musang pun lari lintang-pukang meninggalkan tempat itu.

Tinggallah Ayam Togel dan anaknya dengan aman selepas itu.

Kami pun ketawa berdekah2 walaupun dah berkali2 Tok ceritakan cerita yang sama. Walaupun begitu, kami masih terhibur. Lepas habis ketawa kami menggoyangkan lutut Tok lagi...

"...ceritalah lagi Tok!" :o)

8 treats:

Edi said...

hahahahaha..... good one kak wiz! tergelak sorang2 depan pc ni! mlm ni ade idea lah nak cerita kat anak i cerita kelakar! hahahaha

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Salam Wizz,
Here I am again.. dengar cerita!
Yesterday I went to Maidin, puas cari garam tu..maybe tmrow I try Carrefour pulak.

Ida said...

oh wiz

i remember this story only i didn't have the good fortune of hearing it from a dear Tok.

Wiz said...

Edi- Masa kecik memang suka sgt dengar cerita ni. And time budak2 pantang dengar cerita nak terkentut ni kan, macam kelakar sgt. I am never the one who tells this story to my kids, I let my father tell it to them, that's what an atok does best.

Walaikumsalam Artlover, thanks for dropping by again and for reading. Cerita lama ni but so fresh in my mind. I miss my Tok telling it to us. We know it by heart by when he told it to us, it was like drinking milo in the middle of a cold night, warm and fuzzy inside. InsyaAllah dkt Carrefour you will the garam k.

Ida- Tak per nanti you cerita kat your potato patch tu k. Or you can still tell it to your brothers and sisters, dengan buat sound effect yang real lagi, iaitu kentut sebenar kahkahkah.

Ida said...

wiz hahahahahahaha...my potato patch sekarang insist untuk singkap kain/seluar semua yang kentut.as if to investigate mana punca datangnya bunyi iteww :)

Wiz said...

Ida- nasib baik dia nak menyingkap jer, kalau setaip kali dia menangis akan effect bunyi dan bau yang menusuk alam tu, kan sian dia, tanja aunty wiz ni.

Ayu Safieza @ Humaira' said...

Assalamualaykumwbh Wiz dear...

Hi, how's life....mmm missed 'talking' to u...:) I'm busy in my new chapter of life. MM, dah balik kerja daaa...hu3...!

My 10yrs old son ni, tersengih2 baca kisah ayam togel...tersengih2 dia n amik masa lama nak stop smiling...the same it does to me..thanks for sharing this wiz...

You take care ya...:)u write better n better n bahasa now days, just like u do in english, keep writing ya! I love ur writing!

..mmm aiii lak, both bahasa the sgtlah the teruks!!

Wiz said...

Ayu- Walaikumsalam warahmatullah ayu. Thanks for dropping by and spending time to read. Glad to know it entertained your son. My son too loves this story, kids and kentut kan, tak boleh dipisahkan. It is just so funny to them. Hope you are settling in and enjoying your work. Miss talking to you too. Have a good week ahead Ayu!