CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, June 29, 2011

Cerita Pakcik

Thank you so much Nur Zahrah



Saya bukan seorang yang pandai menulis, jauh sekali untuk berkarya. Cerita-cerita yang terkumpul di sini semua melibatkan perasaan tak tentu hala dan syok sendiri saya sahaja. Saya menulis dalam bahasa asing bukan kerana hendak menunjuk lagak, jauh sekali takbur dengan penguasaan saya yang tidak seberapa ini. Niat sebenar ialah untuk saya terus menggunakan bahasa yang saya pelajari dengan susah payahnya seumur hidup. Saya tidak mempunyai otak bergeliga dan menyedari tentang hakikat itu saya perlu berlatih dan terus berlatih. Suami saya selalu mengatakan saya menulis mengikut emosi, tapi saya rasakan saya menulis mengikut gerak hati atau dalam kata lain, "pakai boh je". Saya tidak memilih untuk menulis dalam bahasa ibunda kerana karangan saya akan berbentuk seperti tulisan kanak-kanak darjah enam.

Apa-apa pun, saya kagumi cara dan penulisan seorang Pakcik ini. Olahan beliau terhadap sesuatu tajuk sangat menghiburkan lagi menjana ekonomi rumah tangga. Sudut pemikiran beliau diibaratkan seperti melihat pelepah kelapa ditiup kipas angin yang kekuatannya di takuk ketiga. Walaupun beliau tidak setuju dengan nama persatuan Brownie yang berbunyi seperti makanan, beliau masih mengekal intergriti sebagai peminat sukan nombor 2 Malaysia. Dan disebabkan itu, hanya itu, saya mengangkat topi Brownie saya untuk beliau!

Take it away Pak Kordi!


Thank you so much Liza!


Lagu ini ditujukan khas buat suami saya dan Pak Kordi sekeluarga jugerrrrr.

12 treats:

PatinPasta said...

Kak Wiz,
Alahai.. tak kisah la bahasa apa pon Kak Wiz, belasah je. Yang penting kita tau siapa kita, kan, kan? :)

Saya baca entry ni terus terbayang Kak Wiz berdiri tegak. Entah kenapa. Hehe!

pakkordi said...

Kah kah!

jasmin said...

Puan Wiz, tak nak ke tujukan lagu ini utk suami saya juga..? kalau tak silap mereka pernah menyanyikan lagu ini bersama2 suatu masa dahulu..

Wiz said...

Aida- hehehehe, saya duduk dgn tegak, berdiri lenguh la kaki saya yg tua ni.

Wiz said...

Pakkordi- Good day friend Brownie. We evenhave a song to greet friends of Brownie. Lagu wajib untuk dinyanyikan semasa mengelilingi cendawan ajaib.

Jasmin- Puan Jasmin, bukan saya tidak mahu mendedikasikan lagu ini kepada suami anda tapi jika saya berbuat demikian saya khuatir mereka akan mula mengimbau zaman kegemilangan sambil menyanyi lagu ini bersama-sama berpegangan tangan ala2 brownies duduk dihadapan unggun api. kehkehkeh.

jasmin said...

Puan Wiz, geli hati saya membaca komen anda. Tapi setelah diteliti dan dianalisa, saya juga khuatir lagu ini akan menaikkan kembali semangat suami saya untuk menyanyi sambil berpegangan tangan gitew.... Hehehe...

Aza/Rin/Na said...

...whatever language u use wiz... u never lose your charm in writing...:-)

itu sebab i tak pernah ketinggalan singgah melepaskan lelah di sini...hehehe

zue said...

happy Friday Morning Wiz!
English or Malay, they are just means of expressing our thoughts, belasah je lah, very well said wiz, penat2 belajar, kalau tak guna nanti berkarat, at the same time, we are teaching our kids too because like me, my youngest like to read my blog, so I have to write proper, kadang tu caca marba jugak...:-)
apa apa pun don't stop writing kay, and have a good weekend!

Wiz said...

Aza, thanks so much for dropping by and leaving a trace. I do appreciate the gesture. Charm in writing is the cause of having charming readers like you reading the words that dont matter here. ;o)

ZUe- Happy Friday! Yes they are just means. But I am here to tell everyone my BM is worse than my English!

yaz@lina said...

Gosh Dear Wiz...geli hati jugak I baca this particular post. Surely at least most of if not all, kawan kawan se-course kita dulu kalau baca will all say loud and clear "Me too, my BM is worse than my English"....;)

Min Bakingproject said...

hai Wiz, I always admire your writing, and your poems, and your cakes :) keep on writing, tak kisah lah dlm bahasa apa pun.

Wiz said...

Yaz- memang geli hati sebab tu I tak tulis BM. I have the tendency to write proper, proper means bahasa buku. Thanks for dropping by Yaz.

Min_ Hi!!!! how have you been? lama tak sembang hope you are doing great!